Pendidikan Pemulihan Khas ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran
khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira.
MATLAMAT:
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai
dalam tempuh masa yang ditetapkan.
OBJEKTIF:
1.membantu murid-murid mengatasi masalah
pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas 3M.
2.membantu murid-murid mengubah sikap negatif dan
tingkahlaku yang menjejaskan proses pembelajaran dan
memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan
positif terhadap pelajaran.